Sunday, February 23, 2014

Telefon jatuh ke dalam tandas? Apa yang sepatutnya dilakukan?

5:38 PM


Telefon anda terjatuh ke dalam tandas? Anda tidak keseorangan kerana lebih 15% orang mengakui kesilapan yang sama. Jadi, apa yang patut anda lakukan?

1. Ambil telefon anda secepat mungkin ; lebih lama ianya berada di dalam air, lebih tipis harapan untuk menyelamatkannya.
2. Matikan telefon anda. Jika ianya telah terpadam, jangan cuba untuk menghidupkannya.
3. Buka kad sim, memori kad dan bateri (jika boleh dibuka sahaja).
4. Menggunakan kain/tuala, lapkan semua bahagian yang basah secara perlahan-lahan.
5. Letakkan telefon anda di dalam sebuah bekas yang mempunyai beras. Beras akan dapat mengeluarkan cecair yang berada di dalam telefon anda.
6. Tinggalkan telefon anda di dalam bekas beras tersebut selama 24 jam.

2 perkara yang tidak boleh dilakukan:
1. Jangan menggunakan pengering rambut (hair dryer) untuk mengeringkan air pada telefon anda.
2. Jangan cuba mengecas telefon anda.
Selepas 24 jam, cuba hidupkan semula telefon anda. Semoga berjaya :)



Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

 

© 2013 CyBerTeChWeb - Technology & Gadget Guide. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top